Pengalaman trading dengan FTMO 2024

FTMO adalah salah satu prop firm yang paling lama dalam industri prop firm trading, ditubuhkan kalo tak silap pada tahun 2015.

Pengenalan kepada prop trading

Bayangkan kita nak mula trading dan cuba buat side income baru. Soalan pertama ialah berapa banyak modal untuk trading yang kita ada. Kalo ada US$10K, cantik pasal dah boleh mula.

Tapi berapa ramai orang ada modal banyak macam tu untuk guna sebagai permulaan, betul? Kalo rugi menangis wo. Jangan cakap bab pinjam duit bank– trading guna duit pinjaman ialah kerja yang paling bahaya. Stop kat situ.

Prop firm (trading prop firm), membolehkan sapa2 yang berminat (trader) bayar satu yuran untuk menyertai prop firm challenge (ujian). Dengan bayaran sekali-sahaja ini, trader boleh mula trade dan sekiranya berjaya melepasi semua fasa2 ujian, yuran tadi akan dikembalikan dan trader akan dimasukkan ke fasa funded account. Di fasa funded ini, sekiranya trader dapat buat profit, prop firm akan memberi 80 peratus kepada trader sebagai reward (hadiah). Dan funded trader ini akan dapat terus trade menggunakan funded account ini secara berterusan selagi semua peraturan dipatuhi.

Agak menarik kan?

Tetapi pengalaman trader A yang kita gunakan dalam contoh pengiraan di atas, di mana beliau dapat menghasilkan profit $200 atau bersamaan RM688 setiap bulan bukan contoh kebiasaan.

Dalam trading, kebiasaannya semua trader atau 99 dari 100 orang akan rugi. Ini termasuklah orang yang ada pengalaman, bertauliah dari segi akademik, dan bekerja dalam bidang investment atau pelaburan.

Trading bukan senang

Tapi ia bukan sesuatu yang mustahil. Ada beberapa langkah cermat dan cara pendekatan yang bijak dan berdisplin yang kita boleh ambil untuk mengelakkan kita dari tergolong dalam statistik semua trader rugi tadi.

Pengalaman FTMO 2024

Setakat tahun 2024 aku dah buka dua akaun, keputusan seperti berikut:

StatusWin RateJumlah TradeDashboard
Akaun 1: 10K GBPGagal32 %1192View page
Akaun 2: 10K CHFAktif100 %5View page

Aku ada pengalaman trading lebih 10 tahun dan baru tahun ini dapat reka strategi trading dengan ciri-ciri risiko-terkawal yang berupaya menghasilkan profit dengan lebih konsisten.

Jika berminat nak kenal trading dan belajar asas-asas penting sebelum memulakan trading, sila sign up untuk newsletter Profitable Charts dan tandakan minat nak belajar trading untuk dapat jemputan ke livestream atau webinar.

Tips untuk jaga akaun FTMO

Salah satu benda yang kita kena prihatin dan jaga betul2 ialah elakkan kesilapan yang datang dari kekurangan ilmu, kekurangan teknik dan kelemahan psikologi.

Alhamdulillah, FTMO sendiri ada buat analisa ringkas trader2 yang gagal dan faktor2 yang menyebabkan mereka tewas. Video di bawah: