Idea Side Income Terbaik di Malaysia 2024
Apa side income terbaik di Malaysia?
Artikel ni mungkin berguna bukan sahaja untuk orang yang desperate tapi juga untuk sapa2 yang sedang merancang masa depan yang mungkin ada masa untuk buat apa2 persiapan yang patut.
Jadi bila kita buat Google search, jawapan teratas kepada soalan “apa side income terbaik kat Malaysia“ Google akan recommend kita baca blog post blogger Adam Zubir bertajuk 7 Idea Side Income Terbaik di Malaysia. Dalam artikel ni beliau cadangkan senarai di bawah:
- Side income #1 Jadi guru tuisyen atau tutor
- Side income #2 Jadi dropship agent
- Side income #3 Jadi freelancer
- Side income #4 Jadi driver, rider atau buat servis delivery
- Side income #5 Jadi influencer
- Side income #6 Jadi personal shopper
- Side income #7 Jadi peniaga kecil-kecilan
Boleh la, tapi aku nak panjangkan list ni jika ada yang masih mencari peluang lain. Mungkin badan tak kena dengan senarai Adam Zubir ni atau mungkin dah cuba dan side income tu tak masuk.
Apa pun, sangat penting bila kita mencari side income ni kita kena “mentaliti survivor“. Kena motivasi diri sendiri. Kena kuatkan kepala, minda dan badan. Kena tak lemah. Kena rajin. Kena bangun walaupun penat. Kena gerak walaupun tak semangat. Kena baca walaupun tak nak. Kena tak nak menyerah kalah. Kita kena USD: Usaha, sujud dan doa/tawakkul sentiasa pagi petang siang dan malam. Rezeki ni 100 % dari pencipta. Terimalah dengan yakin.
Kalo tak berjaya, mungkin itu ujian seterusnya buat kita, keluarga atau orang2 sekeliling kita. Mungkin kita perlu tambah ilmu dan belajar lagi sebelum berjaya. Mungkin ujian itu untuk kuatkan kita. Mungkin ujian itu untuk menghapuskan dosa2 kita. Wallahua’lam. Kita teruskan USD dan tawakkul.
Side income #8
Side income #8 Jadi trader.
Wo.. geng, sabar, sabar, sabar. Bawak bertenang.
Tak, bukan ehhh.. jangan, tak perlu MELOMPAT.
Jadi trader supaya tak kena scam.
Jadi trader yang bijak supaya boleh kenal dan boleh tolak peluang2 “mengarut“ dalam dari dunia bitcoin, kripto, emas, takaful, bursa, saham, FCPO, palm oil, futures, option, forex dan lain-lain.
Jadi trader yang ada asas dari segi pengetahuan finance, economy, bisnes, investing, pelaburan, assets dan financial markets.
Jadi trader yang berilmu.
Jadi trader yang ada keupayaan untuk jaga aset dan kembangkan kewangan sendiri.
Jadi trader yang tak memerlukan gaya hidup menjual scam kepada orang lain.
Jenis trader apa yang BUKAN scam ni?
Trader yang jaga duit dia sendiri. Tak menipu orang dan tak sentuh duit orang lain.
Kita jaga diri kita dengan ilmu trading.
Masalah dunia trading terutama kat Malaysia ialah nama trading ni ada label buruk. Perkataan trading tu sama maksud macam scam. Pasal ramai scammer gunakan cara trading untuk scam orang.
Kalo kat luar negara tu, rakyat biasa2 macam kita ni bukan sahaja ada gaji dan duit simpanan dalam akaun bank. Dorang ada investment portfolio atau trading account masing2.
Trading ni bila kita buat dengan betul, dengan cermat dan teliti, dia boleh jadi sumber pendapatan untuk kita. Side income yang baru.
Agak2 lah. Kalo langsung takde duit boleh jadi trader ke?
Alhamdulillah, skrg ada cara. Dulu tak. Macam mana tu? Aku explain.
Trader ialah sejenis market participant. Sekumpulan orang yang ambil bahagian atau beroperasi dalam financial market (pasaran kewangan). Sama ada dia kerja untuk orang lain sebagai pekerja atau dia kerja untuk diri sendiri.
Ada banyak cara untuk kita jadi market participant. Fokus aku dalam artikel ni ialah membincangkan dua cara baru untuk kita participate sebagai trader. Pertama sebagai trader di darwinex. Kedua sebagai prop firm trader.
Trade di Darwinex
Ada satu broker berdaftar dan berlesen di UK nama dia Darwinex. Dia juga ada platform Darwinex Zero. Prinsip dia macam ni secara ringkas: Kita trade dan perangai kita sebagai seorang trader akan dianalisa dan dipamerkan kepada semua orang di platform darwinex.
Kalo ada investor (pelabur) yang berminat dengan track record kita di darwinex, investor tu ada pilihan untuk melabur duit dia di darwinex.
Pelaburan investor tadi akan ikut semua jejak langkah kita sebagai seorang trader dan bermaksud kalo kita buat untung, pelabur tu akan untung dengan dana dia. Dan kalo kita rugi, pelabur tadi pun akan ikut sama rugi.
Di platform darwinex, kita perlu fokus untuk tunjukkan track record yang mantap dan platform itu akan ketengahkan dan pamerkan trading performance (prestasi) kita pada para investor.
Maaf geng, aku takde duit! (atau duit tak banyak, simpanan pun takde). Ya faham. Darwinex membolehkan sesapa sahaja yang ada $1000 untuk buka akaun dan mula. Kalo takde duit untuk itu, darwinex zero membolehkan penyertaan dengan cara yang serupa tetapi ada subscription fee sebanyak $43 sebulan (platform tu dan akses kepada pelabur bukan senang nak buat kan).
Semua yang berjaya menunjukkan rating 75 dan ke atas akan diberi dana pelaburan minima €30,000. Antara trader2 yang telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang setakat ini ada yang sudah diamanahkan untuk mengurus lebih dari €300,000 dana trading. Sebagai trader di darwinex, kita akan dapat sebahagian (15 peratus) dari segala keuntungan yang kita cipta dengan trading di platform tersebut. Side income tu.
Trade sebagai Prop Trader
Zaman skrg ada beberapa syarikat yang dipanggil prop firm. Secara ringkas, prop firm ni bagi kita demo trading account untuk kita trade dan mereka akan gunakan maklumat tentang cara kita trade untuk buat duit.
Macam mana sebenarnya syarikat2 ni guna maklumat trading kita adalah berbeza mengikut prop firm dan itu semua terpulang pada cara mereka nak kendalikan perniagaan masing2. Apa dia nak buat dengan maklumat dan data kita trade adalah hak dia.
Sekiranya kita profitable dan berjaya buat untung, kita akan diberi ganjaran (reward) untuk performance yang kita tunjukkan. Rata2 syarikat2 prop firm akan bayar 80 peratus keuntungan dari demo trading account tadi kepada kita melalui bank transfer atau kepada akaun WISE (dulu TransferWise). Side income untuk kita.
Semua orang yang aku kenal rugi duit bila sebut “trading“
Sangat penting fakta ni: 99% trader rugi duit. Termasuklah orang2 yang pekerjaan dia melaburkan duit takaful, insuran, dan dana pelabur lain. Contoh Khazanah kalo tak silap dilaporkan labur 40 juta dalam perniagaan FashionValet yang dikaitkan dengan pengasas Vivy Yusof dan kemudian menutup pelaburan mereka tersebut dengan menjual pada harga 4 juta. Itu kerugian sebanyak 90 peratus.
Pelaburan dan trading sangat SUSAH untuk semua, termasuk orang2 yang berkelayakan dan dianggap professional seperti yang bekerja di Khazanah, bank2 dan tempat2 lain. Nak contoh lagi? Jom.
OK. Jadi mabuk apa yang kita nak terbayang buat “Side income 8# Jadi trader“ ni?
Aku cadangkan haluan atau laluan side income trader ni kerana aku dah jumpa cara kita boleh trade dan capai performance yang menguntungkan secara konsisten. Aku kongsi laluan hidup aku secara terbuka sebagai trader darwinex dan sebagai trader di prop firm. Dan disebabkan aku pernah susah dan buntu, aku nak kongsikan kepada orang lain bahawa ada cara kita boleh elak tergolong dalam statistik 99% trader rugi duit.
Aku langsung takde pengalaman bidang accounting atau investment
Benda boleh belajar.
Trading ni bukan gambling ke?
Bab ni aku explain lebih dalam online seminar.
Trading ni kan haram
Bab ni aku explain lebih dalam online seminar.
Ada tak penipuan dalam trading?
Penipuan ada di banyak tempat. Dalam trading pun ada. Untuk elak, kita kena bukak mata dan berhati-hati. Pemandu lori giler pun banyak skrg ni yang bunuh pemandu2 yang bawak keta dengan betul. Ikut takdir, nasib badan. Kita boleh rancang, pencipta yang tentukan sama ada kita berjaya atau tidak. Paling penting ialah usaha, sujud dan doa. USD.
Darwinex ni syarikat berlesen yang terdaftar dengan badan Financial Conduct Authority di UK. Aku ambik status dan kedudukan dia sebagai broker yang dipercayai oleh lebih 7000 trader lain sebagai lambang dia bukan scam. 1MDB dulu syarikat milik penuh kerajaan Malaysia yang akhirnya sebat duit berbilion jadi memang sendiri mau ingat dalam dunia pelaburan dan kewangan ni.
FTMO ialah prop firm yang aku guna. Dalam banyak2 prop firm, ini syarikat yang paling mahal dan paling lama hidup. Dia mungkin boleh tutup pasal apa2 masalah dalaman atau kalo tiba2 depa decide nak scam orang tapi jumlah pelaburan sekali-sahaja dari aku (€155 bila takde diskaun atau €89 bila ada promo) yang membolehkan aku trading guna $10,000 ialah risiko yang aku sanggup ambik. Ini bayar sekali sahaja dan kalo kena scam, itu lah jumlah maksima aku boleh rugi atau terkena. Jika mereka terus beroperasi, ada lah peluang untuk jana profit dan dapatkan reward 80 peratus kita bincang tadi.
Macam mana nak mula? Boleh test dulu tak?
Boleh. Kalo pegi tradingview.com boleh buka akaun dan trade guna demo akaun di sana. Percuma.
Atau, buka trading account di blackbull.com (BlackBull Markets Australia) dan trade guna demo akaun di sana. Percuma. BlackBull ni broker berdaftar di Australia. Kebiasaannya syarikat2 scam ni dia berdaftar di negara2 yang sistem kewangan dia tak kuat seperti Cyprus. Industri kewangan Australia dianggap moden yang aku anggap boleh dipercayai.
Bila dah mula, baru dapat kenal market, asset, economy, news dan banyak konsep2 lain.
Dah bukak trading account dan asyik rugi. Mustahil trading boleh jadi side income.
Trading ni satu benda yang susah kalo tak jumpa jalan, dan mustahil kalo degil dan tak nak belajar.
Kalo belajar dengan betul, inshaa Allah boleh baiki cara dan mula dapatkan profit.
Dah banyak tengok content dan follow, subscribe influencer kat YouTube tapi tak faham mereka cakap apa
Masalah dengan kebanyakan influencer di youtube dan sosial media ialah mereka lebih fokus kepada tunjukkan gaya hidup. Pernah dengar kan atau terbaca tentang influencer yang sewa hotel, sewa rumah banglo mewah, sewa kereta ferrari dan sports car mahal untuk pamerkan status “Aku dah berjaya jadi masuklah kursus atau seminar atau kelas trading aku“? Ini memang wujud.
Untuk tujuan belajar trading apa yang sepatutnya kita cari ialah orang2 yang dah berjaya – dan boleh tunjukkan track record prestasi yang boleh disahkan oleh pihak ketiga yang dipercayai. Ini lebih terang, lebih jujur kerana track record yang disahkan oleh pihak ketiga susah untuk dipalsukan untuk tujuan mencipta content.
Manusia ni mudah terpedaya – itu sebab influencer2 ni semua fokus untuk tunjukkan gaya hidup. Itu semua boleh dipalsukan, untuk dapatkan orang ramai ikut nasihat mereka beli kelas saham, guna broker mereka, dan lain-lain.
Contoh2 influencer trading yang ada track record – kredibiliti boleh disahkan oleh pihak ketiga:
- DDNK, pemenang international trading competition
- How Mun, trader Malaysia yang berjaya di FTMO
- Choon Chiat, trader Malaysia yang berjaya di FTMO
- Neoh Yong, trader Malaysia yang berjaya
- Joey – Trading Nut interview
- Mr. T di UK – Trading Nut interview, ariff__T – Trading Nut interview
Contoh2 influencer gaya hidup (lifestyle) yang TIADA track record trading yang boleh disahkan oleh pihak ketiga:
- Zizan razak – contoh video dari artis Malaysia (video amaran sebenarnya)
- Hanzo shadowcodes – contoh video
- Road to FTT – contoh video, Gero Azrul – bercakap tentang OctaFX disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia
- Fokiyoks – contoh video
- Moshed – contoh video
- Habib al attas – contoh video
Apa cara nak jadi trader yang berilmu? Macam mana nak mula dan belajar tentang trading?
Ada tak cara nak dapatkan strategi trading yang mempunyai peluang sukses tinggi, tanpa bayar kursus, yuran dan sebagainya?
Ada tak cara nak belajar trading secara serius dan dapatkan coaching?
Bagaimana dengan unit trust? Bukan selamat ke? Pulangan pelaburan dia tinggi kan?
Agak bercampur kalo kita buat analisis. Semak senarai unit trust Malaysia di sini untuk rujukan pantas.