Masalah bila trading: Asyik kena stop-loss

Masalah bila trading: Asyik kena stop-loss.

Ini antara masalah trader baru yang paling popular.

Buka trade, ikut strategi yang ada elemen “risk management“, dah try kat demo akaun banyak kali – dah merasa demo profit banyak kali sampai baki akaun demo dah naik berlipat ganda. Badan dah rasa cukup kebal dan sedia untuk masuk live market buat live trading macam semua influencer dan guru2 youtube. Tapi alamak.. bila buka trade betul, tak habis-habis trade tutup pasal harga kena stop-loss. Rugi tak putus-putus.

Apasal eh?
Kenapa boleh jadi macam ni?
Mmg bosan. Trading kat demo punyalah handal tapi jangan ko masuk akaun duit betul – prestasi sangap. Profit tak pernah dapat withdraw.
Apa yang kita boleh buat untuk improve, baiki diri kita?
Orang lain ada masalah yang sama tak bila trading?

Ini sebenarnya masalah yang bukan sahaja kacau traders baru, traders lama pun ada problem ni. Tak boleh lari.

Apa punca dia?

Realiti dunia sebenar dalam trading ni, semua orang akan kena atau rasa problem ni.

Trader yang konsisten profit pun akan ada masa masa di mana dia lalui pengalaman yang sama.
Tapi beza “trader konsisten profit“ dengan “trader2 lain“ (iaitu trader baru atau trader PRO yang tak konsisten buat duit) ialah trader2 konsisten ni dia kenal problem ni dan faham apa dia kena buat bila asyik kena stop loss atau stopped-out (terkeluar dari trade disebabkan stop loss).
Dorang ada strategi dan displin. Dan walaupun strategi dan displin ni adalah kata2 yang semua orang dah pernah dengar, trader2 konsisten ni ubah perangai dia dan tak terus cuba trade lagi untuk korek kemenagan.
Trader2 konsisten tahu akan ada hari hari yang tak kena dengan strategi mereka. Jadi mereka stop trade atau ambil tindakan yang ikut trading strategi tertentu seperti kurangkan saiz trade.

Trader2 lain ni perangai depa macam influencer. Dah kalah, masuk lagi. Dah kena stop-loss 12 kali di Asian session, dia masuk lagi pasal dia pikir strategi dia paling mantap.

So kalo anda seorang trader yang selalu ada masalah ni, cuba semak balik strategi trading yang digunakan. Mungkin saiz trade terlalu besar dan anda sangat takut duit akan hilang dan ini menyebabkan anda pasang stop-loss di paras harga yang terlalu dekat dengan harga terkini.