Kenapa kena belajar trading

Secara mudah atau ringkasnya, trading ni ialah satu cara untuk dapat income.

Bila kita pandai trading, kita dapat jana income tambahan.

Ada orang trade secara kecil-kecilan atau sambilan dan trading merupakan side income bagi mereka.

Ada juga yang trade secara sepenuh masa atau full-time dan mungkin trading merupakan sumber main income bagi mereka.

Aktiviti trading ni ialah aktiviti yang berisiko tinggi. Sangat tinggi.

Ramai yang masuk bidang trading ni masuk secara terburu-buru atau melalui pengajaran yang tak lengkap – jadi bayangkanlah kalo belajar berenang separuh jalan atau ilmu tak cukup – bila terjatuh masuk laut (dunia sebenar) belum tentu boleh selamatkan diri. Trading sama.

Orang2 yang berjaya dalam trading ada. Tak semua orang gagal dan tak semua orang scam. Secara am, statistik orang yang menceburi bidang trading ni lebih dari 90% tak buat duit. Mereka boleh buat trade yang profit tapi secara keseluruhan dalam tempoh satu tahun mereka tak berjaya jana profit kerana jumlah kerugian lebih besar dari jumlah profit. Hanya 5-10 peratus sahaja traders yang berjaya mencatat profit secara konsisten iaitu setiap tahun – ini dibuktikan oleh akaun statement tahun demi tahun. Kebanyakan influencer tak dapat tunjuk benda ni. Mereka boleh tunjuk satu dua trade di youtube atau livestream tapi akaun tahunan yang menunjukkan total profit atau total loss mereka tak tunjuk. Itu kerana mereka bukan dalam golongan “trader konsisten“; cuma termasuk dalam golongan buat content.

Kenapa ilmu trading penting

Trading ni penting pasal ia adalah salah satu cara di mana kita boleh sara hidup kita atau bantu sara hidup kita tanpa kerja dengan orang lain.

Trading ialah sejenis self-employment, kerja sendiri.

Bila kita faham pasaran (market), faham aset, faham teknik, dan faktor2 lain, ia adalah aktiviti yang serius, mengambil masa untuk bina pengalaman dan merupakan aktiviti yang sangat membina diri. Anda akan kenal diri anda secara lebih mendalam bila anda bertukar dari seorang trader baru kepada trader yang berpengalaman atau trader konsisten.

Sesetengah orang pula, yang ada bakat mengajar, boleh mula mengajar atau berkongsi pengalaman dengan orang lain dan juga jana pendapatan dari mengadakan seminar dan kursus kongsi pengalaman kepada yang berminat.

Individu A:
Dari segi jumlah pendapatan pula, ambil contoh seorang yang bekerja di ofis dengan gaji RM 5000 sebulan dan bekerja selama 40 tahun. Jumlah pendapatan yang beliau dapat jana ialah 5000 x 12 x 40 (kita tak hiraukan tax, pelaburan dan kos sara hidup untuk contoh pengiraan ini). Jumlah pendapatan beliau ialah 2.4 juta.

Individu B:
Bagi seorang trader konsisten yang melabur atau trade yang berjaya jana 15% setahun (return) dengan modal permulaan RM 10000, beliau akan dapat menjana 2.6 juta dalam tempoh yang sama.
Pautan ke kiraan: CAGR calculator

Individu A perlu bekerja sepenuh masa dari 9 pagi hingga 5 petang.
Individu B bekerja dari rumah dan menentukan masa bekerja beliau sendiri.

Di atas adalah satu contoh kasar (bukan terpeinci) mengapa ramai tertarik dengan trading.